30 Jul 2013

Setiap perjuangan pasti diuji. Samada ianya perjuangan kebenaran ataupun kebatilan, ia pasti diuji. Yang menjadikan seseorang atau kelompok itu kuat atau terbukti kejayaannya, lihat bagaimana ia berpegang dengan prinsipnya ketika berhadapan dengan ujian.

Apakah dikorbankan prinsipnya atau ia berpegang teguh dengan prinsipnya tadi?

Salah satu kejayaan terbesar Ayahanda DP Fauzi selain dari menubuhkan AMGINT dan perjuangkan "Jihad Ekonomi" mengikut Sistem Islam melalui era Teknologi IT hingga menjadi cara hidup, beliau berjaya melahirkan keluarga AMGINT sebagai model perjuangannya. Kejayaan itu ialah bilamana keluarganya mampu berpegang pada prinsip dan dasar perjuangan Ayahanda, yang sangat berpegang teguh pada asas-asas utama ekonomi yang berteraskan Kasih Sayang dan manusia itu sebagai ASET.

Kejayaan itu terbukti bilamana diuji hingga mereka dicampak keluar dari perjuangan yang dibina Ayahanda oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Ayahanda berjaya melahirkan keluarga AMGINT sebagai satu Jemaah yang menggenggam bara api Islam demi memastikan ianya kekal sepertimana Ayahanda menjaganya. 

Ayahanda berjaya membina keluarganya dalam melahirkan calon yang mampu memimpin Perjuangan Jihad Ekonomi ke persada dunia.. Kini keluarganya boleh dijadikan model bagi sesiapa yang mahu melihat bagaimana Ayahanda menjaga perjuangan Jihad Ekonomi ini.

0 comments:

Post a Comment